Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd merupakan agensi pelancongan yang memfokuskan Umrah sebagai perkhidmatan yang utama.
Dalam tiga tahun penubuhan, Hejira Travel telah menerbangkan lebih 10,000 jemaah.
Syarikat milik anak muda ini semakin mendapat tempat dalam senarai digemari oleh para jemaah.
“Alhamdulillah, buat masa ni Hejira menjadi pilihan anak muda dan keluarga.
“Oleh sebab itu, Hejira menawarkan hadiah kelengkapan umrah yang moden, minimalis, estatik dengan kadar pakej yang mesra jemaah,” ujar Sofea Munira selaku Pengarah Urusan.

Timbul dalam industri yang sarat, Hejira kreatif dalam menarik minat bakal tetamu Allah melalui pakej dan kombo yang menarik.
Pakej Rindu dan Pakej Cinta pasti menjadi buah mulut semua jemaah setelah selesai menunaikan umrah.
Dengan kadar pakej yang mampu milik, kesempurnaan ibadah dan keselesaan jemaah dijaga dengan baik.
Prestasi berkenaan menyebabkan Majlis Perasmian Wisma Hejira di Bandar Serenia, Sepang pada 2 November baru-baru ini dibanjiri lebih daripada 2,500 bakal tetamu Allah.
“Alhamdulillah syukur, kami tidak menjangkakan sambutan yang begitu menggalakan oleh bakal jemaah.
“Terima kasih buat semua yang hadir dari jauh. Terima kasih juga semua alumni jemaah dan selebriti yang hadir.
“Semoga kita semua direzekikan menunaikan umrah segera,” ujar Mohd Shahril selaku Lembaga Pengarah Hejira bersama dan juga suami kepada Sofea.

Pengunjung yang hadir ke majlis ini rata-rata meluahkan kegembiraan dan rasa puas hati dengan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan.
“Saya dah tiga kali pergi dengan Hejira, pakej yang ditawarkan memang best dan puas hati.
“Saya datang lagi kali ini untuk bayar pakej umrah. Kal ini pergi dengan keluarga pada Januari tahun hadapan nanti,” ulas Azzuwaniah Asri.
Program yang gemilang ini telah dirasmikan Datuk Faridah Hanim Haron, Guru Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan, Presiden Annems Leadership Solution.

30 cabutan bertuah berupa hadiah pakej umrah turut ditawarkan kepada pengunjung.
Hejira Travel & Tours menyasarkan untuk menerbangkan lebih 10,000 jemaah pada tahun 2025.
Fokus Hejira Travel & Tours adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mengerjakan umrah.

Pihak mereka turut menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk pakej VVIP dan VIP bagi keselesaan para jemaah.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

