Agong terima menghadap Peguam Negara baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Peguam Negara yang baharu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka berkenan menerima menghadap di Istana Negara.

Mohd Dusuki menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Semalam, Shamsul Azri mengumumkan pelantikan Mohd Dusuki, 57, sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Baca artikel lain: Mohd Dusuki Mokhtar dilantik Peguam Negara baharu

Pelantikan Mohd Dusuki yang juga bekas Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang dilahirkan di Machang, Kelantan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mohd Dusuki juga mempunyai Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia dan mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di AGC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This