Agong zahir nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman.

Seri Paduka Baginda berkenan menzahirkan nasihat agar melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh integriti dalam memperkukuh usaha membanteras rasuah di negara ini.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha membanteras rasuah hendaklah dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Untuk rekod, Abdul Halim dilantik menerajui SPRM berkuat kuasa 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This