SEORANG pegawai pemasaran dan pembantu restoran ditahan bersama rampasan dadah bernilai RM 6,456,536 dalam dua serbuan sekitar Petaling Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, minggu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan pertama pada petang Rabu lalu, pegawai pemasaran berusia 37 tahun ditahan di hadapan sebuah kondominium di Damansara, Petaling Jaya bersama rampasan ganja seberat 8,500 gram (g).
Susulan tangkapan ini, suspek telah memandu arah ke sebuah unit kondominium dan merampas 689 peket makanan ringan yang mempunyai campuran ganja (37, 963 g), bunga ganja (140,900 g), cendawan yang mengandungi dadah (847 g) dan cecair rokok elektronik disyaki mempunyai dadah dengan isipadu 80 mililiter.
“Semakan mendapati suspek yang juga bapa kepada dua orang anak ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan saringan air kencing juga negatif.
“Nilai rampas ini berjumlah RM 6,199,236 dan dipercayai untuk pasaran dalam serta luar negara.
“Tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 turut dilakukan dengan menyita sebuah Proton X50 bernilai RM 76,000.
“Suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Tambahnya, suspek kedua iaitu pembantu restoran berusia 23 tahun pula ditahan di sekitar terminal KLIA 2 pada Khamis lalu pukul 5.30 pagi bersama rampasan dadah jenis syabu (8,040 g) dalam bagasi miliknya.
Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod dadah dan saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Nilai rampasan berjumlah RM257,3000 dan dipercayai untuk pasaran sekitar Sabah.
“Susulan daripada tangkapan ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah telah menahan seorang lagi lelaki di Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang dipercayai ahli sindiket sama dengan rampasan syabu (23,500 g),” ujarnya.
Jelasnya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hussein berkata, pihaknya mengalukan maklumat daripada orang awam berkaitan jenayah terutama dadah bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah secara habis-habisan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram