PM bncang isu halal dan dakwah dengan komuniti Islam di Brazil

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan program hari ini dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di Rio De Janeiro.

Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu urusan berkaitan halal selain usaha memartabatkan agama suci itu menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil.

“Dalam pertemuan ini, kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil-wakil masjid tunggal di Rio De Janeiro iaitu Masjid Luz.

Mewakili Masjid Luz ialah Presidennya, Mohamed Zeinhom Mohamed El Fateh Mohamed Abdien, Imam Sancho Jorge Mulungo @ Adam, Timbalan Pengarah Jabatan Sosial Julia Leal Menezes dan Pengarah Kewangan masjid berkenaan Abdullah AL Masri.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Rio De Janeiro selain menyerahkan senaskhah al-Quran cetakan khas dan 10 lagi yang merupakan terjemahan dalam Bahasa Portugis.

Beliau berkata Malaysia juga akan menggerakkan usaha bagi membantu aktiviti di Masjid Luz.

Anwar tiba di bandar tepian pantai yang meriah dengan aktiviti pada Sabtu selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Lima, Peru untuk lawatan rasmi pertamanya ke Brazil.

Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam juga adalah negara tetamu untuk Sidang Kemuncak G20.

Lawatan Anwar itu atas jemputan Presiden Brazil Lula da Silva.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This