Mayat peladang dalam but kereta, dua lelaki warga asing ditahan

Dari Penulis

DUA lelaki warga asing ditahan susulan penemuan mayat seorang lelaki di dalam but sebuah kereta di kawasan Telok Panglima Garang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima makluman daripada anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti pada pukul 5.08 pagi.

Beliau berkata, anggotanya yang sedang menjalankan tugas rondaan telah menahan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama rakannya.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui mayat seorang lelaki warga asing dengan beberapa kesan kecederaan pada tubuh badan di dalam but kereta.

“Pegawai perubatan telah mengesahkan kematian lelaki warga asing tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua lelaki berusia warga asing berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan dan dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga 14 Disember.

Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek bekerja sebagai peladang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This