Remaja lelaki maut, dua parah selepas Myvi langgar pembahagi jalan

Dari Penulis

Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan di Butterworth pagi ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Idrus Zakaria berkata Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, maut selepas tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan, manakala dua lagi rakannya Muhammad Amirul Johan Rizwal,18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, cedera.

Beliau berkata pasukan bomba bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.44 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki dan dipercayai kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di plaza tol berkenaan. Kami berjaya mengeluarkan penumpang belakang yang tersepit dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya hari ini.

Idrus berkata mayat remaja itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala dua lagi yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This