Kurang 24 jam, dua lelaki ragut beg tangan wanita ditahan polis

Dari Penulis

DUA lelaki ditahan tidak sampai 24 jam selepas meragut beg tangan seorang pegawai khidmat pelanggan berhampiran Wisma Doktor Haq Wasa, Kuala Terengganu, pukul 8.18 pagi kelmarin.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/8448

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 21 tahun.

Beliau berkata, mangsa telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha NVX tanpa nombor pendaftaran.

“Suspek telah menolak mangsa ke bahu jalan sehingga mengalami cedera di lutut kiri sebelum meragut beg tangan.

“Barang mangsa yang hilang termasuk sebuah telefon jenama Redmi, kunci kereta, dompet, kad pengenalan, lesen memandu, kad mesin teler automatik (ATM) dan pengecas telefon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil risikan berdasarkan kamera litar tertutup telah membawa kepada tangkapan pertama iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu pada pukul 4 petang semalam.

Beliau berkata, tangkapan tersebut telah mendedahkan maklumat rakan sejenayah iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun yang kemudian ditahan di Kampung Seberang Baroh, Kuala Terengganu.

Tambahnya, turut dirampas sebuah motosikal skuter Yamaha NVX, pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian dan barangan milik pengadu.

Soal siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek telah mengaku terlibat dalam kes ragut pada hari kejadian

Hasil ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This