Edry KRU terkilan anak dimaki, dihalau seperti anjing!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KOMPOSER dan penyanyi, Edry Abdul Halim,48 mendedahkan luahannya di media sosial berhubung layanan kasar pekerja di sebuah kafe manisan di ibu kota terhadap anak ketiganya, Emery,17, yang merupakan remaja autistik itu sebagai kesedaran kepada semua.

Edry tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun meluahkan rasa terkilan apabila masih ramai  yang kurang peka dan tidak memahami keadaan sebenar mereka yang dalam kategori kelainan upaya (OKU).

“Saya bukan nak letakkan hukuman atau nak malukan sesiapa. Sebab itulah saya tak viralkan nama kedai itu.

“Saya cuma mahu masyarakat faham dengan situasi yang dialami mereka yang tergolong dalam kategori ‘istimewa’.

“Insiden itu berlaku dua minit tapi ‘parut’ tersebut berbekas sepanjang hayat disebabkan anak autisme saya dimaki kerana nak minum air. 

“Saya kesal hanya kerana dua botol air minuman, kami berdepan memori pahit. Anak saya dimaki dan dihalau seperti anjing. Itu bukan layanan yang sepatutnya buat mereka, kalau ambil air, saya memang akan bayar sajalah,” katanya kepada URTV.

Edry berkata demikian ketika ditemui pada majlis apresiasi media dan pengumuman istimewa Konsert GENKRU di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, baru-baru ini.

Sebagai bapa, Edry tidak mahu ‘menyimpan’ anaknya yang juga tidak boleh bercakap itu di rumah kerana beranggapan dia berhak untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.

“Kami berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota bagi menyambut ulang tahun isteri saya. Kebetulan, masa Emery hendak menuju ke kedai terbabit, saya ada beritahu dia yang kedai tersebut sudah ditutup.

“Saya juga ada beri ‘hint’ kepada pekerja kedai terbabit yang Emery tak boleh bercakap. Kalau kita yang normal ni lihat raut wajah dia pun boleh tahu yang dia remaja istimewa.

“Pekerja kedai itu berulang kali sebut ‘closed’ (tutup). Saya menuju ke pekerja terbabit dah minta dia berikan menu supaya Emery puas hati.

“Secara tiba-tiba Emery pergi ke peti sejuk dan ambil dua botol air minuman. Masa itulah pekerja terbabit jerit depan muka Emery.

“Mereka siap panggil pengawal keselamatan seolah macam kami buat masalah besar. Saya dah tak boleh tahan bila dia dah menjerit depan muka Emery sampai saya terpaksa tunjuk jari ke keplala tanda gila! 

“Boleh bayangkan tak sebagai ayah saya terpaksa kata anak saya gila agar pekerja itu faham keadaan Emery,” ungkapnya.

Pada masa sama, Edry turut berkongsi penerimaan masyarakat di luar negara termasuklah di United Kingdom yang memiliki kesedaran tinggi terhadap golongan istimewa.

“Entah berapa kali nak minta maaf kerana saya mahu anak istimewa saya hidup macam orang biasa pergi kedai dan minum air. Saya mohon kalau nampak golongan istimewa ini berilah mereka ruang sikit.

“Berbeza di luar negara, ketika saya dan isteri naik tram di Manchester, Emery buat perangai sampai sehingga saya dan isteri terpaksa tarik tangannya dan minta dia jaga kelakuan.

“Situasi itu dilihat oleh seorang lelai warga emas dan saya perasan dia sedang menuju ke arah kami. 

“Pada awalnya saya ingat dia nak marah Emery tapi sebaliknya kami yang dimarahi kerana berkasara dengan anak kami yang OKU.

“Dia pesan kepada kami untuk tidak bersikap kasar dengan anak istimewa. Memang berbeza cara asuhan Asia dengan negara Barat tetapi mereka lebih tinggi kesedaran berkenaan OKU,” jelasnya.

Terdahulu, Edry memuat naik video di Instagram memohon orang ramai memberi ruang untuk golongan istimewa menikmati kehidupan normal kerana ada kala mereka bertindak di luar kawalan tanpa mengetahui apa dilakukan sebenarnya salah.

Selain Emery, Edry yang mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999 dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Emil, 24; Edylia, 21; dan Elya, 14 tahun.

Dia dan isteri memilih membawa keluarga mereka berhijrah di Manchester sejak 2018 demi mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak istimewanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This