TIGA individu termasuk dua wanita ditahan dalam tempoh 24 jam selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Temiang Utama, Muar, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita Cina pada pukul 12.15 tengah hari kelmarin.
Beliau berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Bypass Jalan Kim Lee pada jam 12.07 tengah malam semalam.
“Sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih telah ditinggalkan di tepi jalan, dan ketiga-tiga suspek berjaya ditangkap di kawasan belukar berhampiran dengan bantuan unit K9 dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
“Polis percaya dengan tangkapan ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di sekitar daerah Muar sejak kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan, Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

