Terbuka Malaysia 2025: Bumbung bocor sebabkan aksi tergendala

Dari Penulis

KELANCARAN hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terjejas selepas beberapa perlawanan tergendala akibat kebocoran atap di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

Berdasarkan pemantauan Bernama di venue pertandingan, hujan lebat di sekitar kawasan tersebut dipercayai menjadi punca kebocoran atap yang membasahi permukaan gelanggang dua dan tiga.

Pihak penganjur menutup sementara bahagian gelanggang yang basah itu dengan kain.

Sewaktu kejadian, gelanggang kedua sedang menyajikan aksi beregu wanita Malaysia, Goh Pei Kee-Teoh Mei Xing menentang wakil China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian manakala gelanggang tiga melibatkan pemain perseorangan lelaki India H.S. Prannoy, melawan pemain Kanada, Brian Yang.

Baca artikel lain: Belum pulih, Zii Jia terpaksa tarik diri Terbuka Malaysia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Ilyas Jamil berkata kebocoran bumbung Axiata Arena berpunca daripada aktiviti pertukaran bumbung venue berkenaan yang telah bermula sejak April tahun lepas.

Katanya, keadaan cuaca yang teruk ditambah dengan angin kuat pada hari ini memburukkan keadaan dan menyebabkan air masuk ke dalam gelanggang.

“Ini kali pertama berlaku melibatkan kawasan arena (gelanggang). Kebocoran telah dikesan dan kami telah membuat pembaikan untuk memastikan tiada kebocoran berlaku pada hari-hari seterusnya.

“Kami akan menggunakan kanvas bagi menutup kebocoran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Acara (Operasi Pertandingan) Persekutuan Badminton Dunia (BWF), S. Selvaamresh, berkata pihaknya kini sedang menilai situasi tersebut sebelum memuktamadkan sama ada akan menangguhkan beberapa perlawanan Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung hari ini.

Katanya, sebarang keputusan berkenaan perkara itu akan dimaklumkan selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This