Belum pulih, Zii Jia terpaksa tarik diri Terbuka Malaysia

Dari Penulis

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Team LZJ di media sosial hari ini, pemain nombor enam dunia itu terpaksa membuat keputusan tersebut selepas masih belum

sepenuhnya pulih daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.

“Penyertaannya di Terbuka India dan Masters Indonesia yang turut dijadualkan pada bulan ini masih dalam pertimbangan, bergantung kepada tahap pemulihannya sepenuhnya,” menurut kenyataan tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini diundi untuk bertemu pemain Taiwan Su Li Yang pada aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.52 juta).

Di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, Zii Jia terpaksa menarik diri ketika mendahului set kedua bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam aksi terakhir Kumpulan A.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This