SEBUAH Perodua Axia milik rakan seorang pencipta kandungan TikTok warga Nigeria musnah terbakar dalam kejadian di kawasan letak kereta di Seksyen U4, Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada lelaki berusia 39 tahun itu pada pukul 2.19 petang.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 10.17 pagi, pengadu telah meletakkan kereta milik rakannya di lokasi kejadian untuk membuat rakaman video bagi kandungan TikTok.
“Selesai membuat rakaman pada pukul 1.05 petang, pengadu telah datang semula ke tempat kereta dan mendapati Axia telah terbakar.
“Sepasukan anggota bomba hadir ke lokasi bagi memadamkan kebakaran dan unit forensik bomba juga telah menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta hadir ke balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 01135396787.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

