Baiki Kekurangan Diri… Rutin Untuk Cantik Setiap Hari

Dari Penulis

TIADA gunanya anda menyesal dengan rupa paras serta susuk tubuh yang anda miliki kini. Kurniaan Tuhan seharusnya disyukuri. Jika anda merasakan tidak sempurna, mungkin disebabkan masalah kulit yang sukar untuk diatasi, anda sebenarnya silap.

Setiap wanita mempunyai keistimewaan tersendiri. Tanpa mengira sama ada seorang yang terlalu kurus, gemuk, tinggi, rendah, berjerawat dan sebagainya, anda perlu sentiasa berfikiran positif.

Masih ada waktu untuk anda memperbaiki segala kelemahan yang terdapat pada diri anda. Terlebih dahulu, kenal pasti apa yang kurang menarik tentang diri anda dan kemudian, barulah anda dapat memperbaikinya.

Tiada orang lain yang lebih tahu mengenai wajah dan tubuh anda berbanding diri anda sendiri. Andalah yang paling tahu apa yang bagus untuk diri anda. Ini termasuklah dalam pemilihan barangan kosmetik serta penjagaan tubuh.

AMALAN DI BILIK MANDI

Jangan lupa sediakan pisau cukur yang baik di bilik mandi anda. Selain daripada dapat membuang bulu yang tidak dikehendaki pada bahagian tertentu badan, ia juga boleh mengelakkan diri anda daripada terkena jangkitan kulat yang mudah merebak dalam keadaan lembap.

Gunakan span mandi yang lembut semasa mandi. Sekiranya digosok secara teratur, span ini menolong anda mengeluarkan segala sel kulit mati. Malah, ia dapat menghindarkan kulit daripada mengalami kekeringan.

RAJIN BERSIHKAN KULIT

Jadikan rutin setiap malam dengan membersihkan kulit wajah. Kulit perlu dipelihara, seelok-eloknya mengikut aturan pembersihan wajah yang sempurna seperti menggunakan pembersih, penyegar serta pelembap.  

Ia penting dalam menyerikan lagi penampilan anda dengan adanya kulit wajah yang bersih dan tanpa noda. Begitu juga dengan pemeliharaan kulit badan, rajin-rajinlah menyapu losen agar ia kekal lembut dan lembap.

GUNAKAN BEDAK KOMPAK

Mungkin anda tidak begitu gemar menggunakan alas bedak ataupun foundation, pemakaian bedak kompak boleh menjadikan wajah kelihatan halus dan berseri. Bedak membantu dalam menyamarkan lagi bahagian-bahagian tertentu wajah yang telah siap disolek. Misalnya, anda telah meletakkan terlalu banyak pembayang mata, jadi anda boleh membaikinya dengan menggunakan bedak kompak ke atasnya.

BERSOLEK SECARA SEDERHANA

Gunakan produk yang bersesuaian dengan kulit dan keperluan anda saban hari. Jangan terlalu ghairah ketika bermekap. Solekan semula jadi paling tepat untuk menonjolkan lagi kejelitaan anda. Anda tidak perlu berhias lama-lama di hadapan cermin setiap pagi.

Jika anda sudah mengetahui teknik solekan betul, anda hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk bersolek setiap hari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This