DELUX Holdings (M) Sdn. Bhd. (DELUX) menjalinkan kolaborasi dengan seniman kontemporari tempatan, Profesor Zulkifli Yusoff untuk mengangkat seni tanah air di samping menggabungkan kehalusan seni kreatif dengan teknologi industri pembuatan.
Langkah inovatif ini mampu menjadi penanda aras dalam meningkatkan daya pemikiran dan persaingan di kalangan industri pembuatan autogate dan pintu sekuriti.
Kerjasama pameran Secret Garden bermula apabila DELUX mengetengahkan ciptaan edisi terhad siri reka bentuk pintu automatik tanpa trek dan pintu keselamatan yang diilhamkan oleh Zulkifli.

Inisiatif ini sejajar dengan slogan jenama DELUX, “The One and No Substitute”, melalui kerjasama ini, DELUX berhasrat memberi nafas baharu kepada industri autogate tanpa trek dan pintu sekuriti sebagai syarikat pertama yang bekerjasama dengan seniman kontemporari Malaysia.
Siri edisi terhad yang bertajuk “My Home, My Heaven,” menampilkan enam autogate tanpa trek dan pintu sekuriti dengan reka bentuk yang unik dan eksklusif. Di samping itu, demi mengukuhkan lagi kerjasama, DELUX telah menjemput Zulkifli untuk menghasilkan koleksi Secret Garden yang unik terdiri daripada lapan buah karya agung di atas permukaan aluminium powder-coated. Karya-karya Secret Garden menawarkan pendekatan inovatif dan moden kerana bukannya pada permukaan kanvas.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DELUX, Datuk Dylan Chui berkata, pihaknya telah berkecimpung dalam industri ini selama 21 tahun.

“DELUX berbesar hati berkolaborasi dengan Prof. Zulkifli Yusoff buat kali pertama. Semangat berterusan kami dalam mengetengahkan inovasi serta mengekalkan keaslian jenama tidak pernah berhenti.
“Pada masa sama, projek Secret Garden membuktikan bahawa ia boleh menjadi lebih daripada sekadar autogate atau pintu sekuriti—ia mampu menjadi sebuah karya seni yang unit.
“Pameran kolaborasi Secret Garden dengan Zulkifli Yusoff ini memakan masa selama dua tahun, dan kami sangat berbangga ia akhirnya dijayakan,” katanya.
Siri Secret Garden oleh Zulkifli diinspirasikan daripada kehidupan serta kesedihan dan penyembuhan,`menyemai’ naratif kehilangan, keimanan, dan ketabahan.
Setiap karya beliau mampu mengubah kesedihan menjadi harapan. Sebagai lanjutan kepada siri karya seni beliau sebelum ini yang berfokus dalam tipografi, siri Secret Garden berhasrat untuk menunaikan zikir terhadap orang kesayangan yang telah meninggal dunia menerusi perbuatan beramal khususnya berbuat baik terhadap flora dan fauna yang ada di taman halaman rumah sebagai hadiah kepada jiwa tersayang.

Beliau mengaplikasikan pendekatan kontemporari, iaitu kolaj dan cetakan pada permukaan aluminium yang dibekalkan oleh DELUX.
“Kolaborasi antara industri dan pelukis merupakan titik-titik perubahan dua hala yang berlaku sama ada di pihak pelukis atau di pihak industri, menandakan permulaan perubahan dan perkembangan baharu untuk kedua-dua pihak, yang mendorong lebih banyak kemungkinan dan penerokaan,” ujar Zulkifli.
Koleksi My Home, My Heaven, seiring dengan ungkapan Rumahku Syurgaku. Prof. Zulkifli diilhamkan oleh elemen tempatan dan alam semula jadi yang mana setiap elemen mempunyai susunan gubahan artistik tersendiri, menyerlahkan nilai estetik dan falsafah di sebalik reka bentuk pintu pagar dan pintu sekuriti.
Ia termasuk gelombang bulat yang memberi penghormatan kepada hubungan kemanusiaan-ketuhanan, manakala bintang berbucu dua belas melambangkan peredaran masa, bunga berdaun lapan pula sinonim dengan tema kemakmuran dan keselamatan.
Pameran Secret Garden telah dibuka secara rasmi pada 19 Januari oleh Farouk Khan, pengumpul seni terkemuka dan pengasas bersama AFK Collection; Datuk Dylan Chui, Pengasas dan CEO DELUX, berserta dengan Zulkifli Yusoff di Ballroom DELUX Flagship Store.
Farouk Khan berkata, kerjasama antara Prof. Zulkifli Yusoff dan DELUX Sdn Bhd ini adalah lambang usaha kedua-dua pihak iaitu seniman kontemporari dengan reka bentuk industri, bagi menggalakkan lebih banyak lagi perkongsian meneroka kreativiti baharu dan memajukan kedua-dua bidang.
Pameran Secret Garden berlangsung sehingga 12 Februari di DELUX Flagship Store. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang. Pameran akan ditutup sempena Tahun Baharu Cina dari 25 Januari hingga 2 Februari. Masuk adalah percuma.
DELUX Flagship Store terletak di No 1, Jalan BP 4/9, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mydelux.com.my dan ikuti @deluxmalaysia di TikTok, Instagram dan Facebook.

