Cinta Sufian Suhaimi & Rania kembali terjalin, orang ketiga bukan punca putus

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Sufian Suhaimi tidak menafikan sudah kembali menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat.

Malah, Sufian,33, juga mengakui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Ya kami sudah kembali bersama. Status sekarang, dia kekasih saya.

“Tak berani nak cakap bila berbaik tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan baik-baik buat kami.

“Insya-Allah kalau jodoh sudah sampai saya akan berkahwin,” katanya kepada URTV.

Sufian berkongsi berita gembira itu ketika ditemui selepas majlis pelancaran lagu duet terbaharunya bersama Sarah Suhairi berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, Puchong, Selangor, hari ini.

Ujar Sufian, sekiranya jodohnya kuat bersama Rania, dia tidak akan melalui proses pertunangan sebaliknya akan terus bernikah.

“Mungkin selepas ini saya terus berkahwin tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila tapi Insya-Allah doakan saya.

“Memang ada rancangan untuk berkahwin sebab sudah tiada perkara lain saya nak tunggu, kalau saya dan dia sudah bersedia kami tak tunggu lama,” ulasnya.

Pada masa sama, Sufian menyangkal dakwaan punca dia berpisah dengan Rania disebabkan orang ketiga dalam hubungan mereka.

“Tiada orang ketiga bila kami berpisah. Saya rasa komunikasi adalah kunci bagi sesebuah hubungan.

“Kita kena berkomunikasi daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara,” katanya.

Terdahulu, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.

Namun, tidak lama selepas itu, timbul khabar angin mendakwa cinta mereka kembali terjalin selepas pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama di beberapa lokasi.

Sufian turut memuat naik foto Rania di Instagram Story miliknya dengan kapsyen ‘Masya-Allah sayangku’ serta emoji tanda hati berwarna putih.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This