Tindakan saman sebagai pelindung diri, Sherry Ibrahim enggan terus jadi mangsa fitnah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ENGGAN lagi terus menjadi mangsa buli siber pelakon Sherry Ibrahim tetap dengan pendiriannya untuk menggunakan saluran perundangan.

Shery atau Syarizad Ibrahim,40, demi kesihatan mental, dia perlu memaksa dirinya untuk mengeluarkan kenyataan mengenakan tindakan saman kepada pengguna akaun media sosial yang masiih membuat provokasi terhadapnya.

“Saya kena jaga kesihatan mental diri. Walaupun saya tak ada niat nak timbulkan pergaduhan tetapi mereka (netizen) menganggap seolah-olah saya yang besarkan isu. 

“Saya tak suka baca komen negatif tapi saban hari makin melampau sampai buat fitnah. Saya manusia biasa yang ada hak untuk bersuara.

“Selepas saya keluarkan kenyataan nak saman, komen negatif sudah berkurangan. Jadinya, saya rasa adakalanya memberi amaran itu perlu,” katanya kepada URTV.

Tambah pelakon drama premium platform Viu, Gadis Masa itu lagi, dia juga sudah merujuk isu tersebut kepada peguamnya.

Malah, katanya, ada yang masih belum membuat permohonan maaf kepadanya.

“Saya sebolehnya tak nak ke arah itu (saman). Saya tidak mahu jadikan isu ini lebih besar sebab saya seorang yang tak sukakan drama. 

“Nak turun naik mahkamah, saya tak sampai hati sebenarnya. Tapi, perkara sama tetap berlaku membuatkan saya sudah penat.

“Kalau dah melampau sangat, saya memang akan berbincang dengan peguam saya,” luahnya.

Menceritakan semula isu tersebut boleh berlaku, kata Sherry, semua pihak boleh melontarkan pendapat walaupun tidak tahu perkara sebenar.

Semuanya bermula apabila dia membuat perkongsian di media sosial yang sekaligus mengundang spekulasi orang ramai.

“Kita tak boleh kawal tanggapan orang lain terhadap diri kita. Apa orang nak kata atau fikir, pada akhirnya nanti, tiada siapa pun yang mengenali diri saya.

“Saya akui, berdiam diri dan sabar itu memang bagus tapi jika berterusan sebegitu, kita akan dipijak dan ditindas.

“Saya tidak perlu nak menjelaskan apa-apa atau bercerita secara terang-terangan. Apa yang pernah berlaku sebelum ini, ia adalah masa silam dan sejarah saya.

“Mereka seperti sengaja nak memperbesar isu-isu yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan fitnah dan perbalahan. Sedangkan niat saya dari awal tidaklah sebegitu.

“Saya bukan baru dalam industri ini. Bagi yang mengenali saya, mereka tahu saya seorang yang bekerja keras. Saya tak boleh halang apa yang orang katakan. Mungkin ini pahala percuma buat saya,” ujarnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This