Warga emas tampar kakitangan Puspakom didenda RM1,600

Dari Penulis

SEORANG warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Cawangan Johor Bahru.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhi hukuman itu ke atas Koh Soon Hua, 60, dan memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Koh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Suzaini Mohd Taib, 38, di Puspakom Jalan Bertam pada 5.40 petang, 18 Nov tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam satu kenyataan pada 16 Jan lepas berkata suspek bertindak menampar kakitangan Puspakom itu selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This