SERAMAI 2,800 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sedia digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata ketika ini, formasi 1 Divisyen TDM di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
“Banjir di Sarawak melibatkan 13 daerah. Kita telah mengarahkan Panglima Medan Timur di sana untuk bekerjasama dengan semua agensi keselamatan yang terlibat. Alhamdulillah, kehadiran anggota tentera di sana banyak membantu pihak penguatkuasa yang lain.
Baca artikel lain: Thamaraj, dua anggota TDM terima Anugerah Pisau Tentera Darat
“Walaupun kita bukan agensi utama yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana di sana, polisi kita adalah menjadi penggerak pertama,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 201/2024 dan Wanita Siri 49/2024, yang melibatkan 1,339 perajurit muda di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson.
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana, Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 26 daerah di Sarawak dan Sabah dilanda banjir, dengan penurunan jumlah mangsa kepada 15,009 orang berbanding 17,637 orang pada 6 pagi semalam.
Ia melibatkan 4,416 keluarga yang ditempatkan di 87 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

