TENTERA Darat Malaysia mengatur gerak tujuh tim mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang anggotanya yang hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak, Sabtu lalu.
Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, anggota yang dikesan hilang adalah Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tarmimi, dari pasukan 22 Komando, Kem Iskandar, Mersing.
Menurut kenyataan itu, Ahmad Zulhilmi merupakan seorang daripada dua anggota yang hilang semasa melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia-Thailand di Banding, Perak.
Namun begitu, seorang lagi anggota yang dilaporkan hilang itu iaitu Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin, dari pasukan 21 Komando, Kem Sungai Udang, Melaka, ditemui meninggal dunia jam 6 petang pada keesokan harinya di tepi sungai, kira-kira tiga kilometer (km) dari kedudukan Markas Trup.
“Kejadian berlaku pada 30 November sekitar pukul 8 pagi apabila terdapat sembilan anggota dipercayai telah dibawa arus dalam kejadian kepala air semasa melaksanakan rondaan dalam Operasi Kota, Echo, Foxtrot, Siri 6 2024.
“Baki tujuh lagi anggota telah ditemukan selamat sekitar pukul 12.30 tengah hari pada hari yang sama.
Baca artikel lain: Tentera Darat sahkan 2 kereta perisai Adnan terlibat dalam kemalangan di Karak
“Tujuh Tim SAR yang digerakkan adalah Pasukan 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD), 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 22 Komando, bermula dari tempat kejadian di Sungai Merah menyusuri sepanjang Sungai Perak.
“Sehingga kini operasi masih diteruskan bagi mengesan anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu, Operasi Kota, Echo, Foxtrot adalah operasi pengawasan, pemantauan keselamatan sempadan untuk memastikan ketenteraman awam, mencegah ancaman keselamatan dan membendung aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan Malaysia-Thailand.
Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM, turut berduka cita di atas kehilangan seorang warganya dan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mohd Afandi.
“Panglima Tentera Darat juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan anggota yang masih hilang iaitu Lans Koperal Ahmad Zulhilmi, akan segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
Jenazah Mohd Afandi telah dibawa keluar daripada lokasi operasi dengan pesawat udara pada pukul 12.41 tengah hari, Isnin lalu dan telah dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.
Jenazah kemudiannya telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 6.25 petang.
Seterusnya jenazah diterbangkan dengan pesawat EC725 ke kampung halamannya di Kampung Jamerong dan selamat dikebumikan pada pukul 8.45 malam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

