[VIDEO] Alunan Mimpi, Nyoman Paul dedikasikan buat mendiang sahabat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BETAPA besarnya erti seorang sahabat dalam hidup anda? Bagi Nyoman Paul, sahabat adalah sesuatu yang luar biasa dan mampu memberi warna dalam kehidupan.

Oleh itu, Nyoman mendedikasikan single terbarunya yang berjudul “Alunan Mimpi” kepada mendiang sahabatnya.

“Alunan Mimpi” ditulis oleh Nyoman selepas dia bermimpi tentang sahabatnya yang telah meninggal dunia. 

Seperti sebuah mimpi, dia tidak dapat memahami dengan jelas mesej yang ingin disampaikan oleh sahabatnya, lalu mencuba untuk menterjemahkannya dalam bentuk melodi dan menyampaikan alur mimpinya melalui lirik lagu ini.

“Saya pernah bermimpi tentang mendiang sahabat.Namun, seperti yang kita tahu, dalam mimpi apa yang ingin disampaikan tidaklah jelas. 

“Maka, saya cuba menterjemahkannya dalam bentuk lagu sebagai satu kenangan persahabatan kami,” katanya tentang inspirasi di sebalik lagunya itu.

Lagu ini merupakan single kelima Nyoman selepas kejayaan lagu hitnya, ‘’Tunggu Apa Lagi’.

Lagu ini ditulis olehnya sendiri dengan kerjasama S/EEK, Rahman Sadli Waraiya, dan Clara Riva. Ia membawa nuansa muzik era 2000-an yang dipenuhi nada-nada menarik dan penuh nostalgia terbitan Universal Music Indonesia.

“Karya ini sangat sentimental bagi saya kerana ia berdasarkan kisah peribadi yang saya alami. Saya berharap lagu ini menjadi persembahan yang akan saya ingat selama-lamanya,” katanya.

Dari segi bunyi, seperti yang dinyatakan sebelum ini, lagu ini berunsurkan pop rock yang catchy, membuatnya selesa untuk didengar. 

Susunan lagunya sederhana tetapi penuh emosi, menampilkan muzik ala kumpulan band yang lengkap. Nyaman untuk didengar!

Yang menarik adalah video liriknya. Nyoman turut melibatkan Ni Putu Helena Ayu Waringin atau lebih dikenali sebagai Helena, iaitu anak kepada mendiang sahabatnya.

Video lirik ini disunting menggunakan potongan video yang dirakam oleh Ni Nyoman Reni Ari Diantini, ibu Helena dan juga balu kepada mendiang sahabat Nyoman. Sangat menyentuh hati!

“Saya sengaja mahu melibatkan mereka, Helena dan ibunya. Mereka berdua adalah insan yang kuat, dan saya berharap kekuatan mereka boleh menjadi inspirasi buat kita semua,” ujar Nyoman.

Video lirik yang memaparkan kegiatan seharian Helena telah dihasilkan oleh You Know Who Film dengan David Christover sebagai Pengarah Fotografi.

“Saya berharap lagu ini menjadi kenangan indah, bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk keluarga sahabat saya, terutamanya Helena, dan kepada semua pendengar. 

“Semoga lagu ini menjadi runut bunyi yang menguatkan serta memberi nostalgia untuk mengenang orang atau perkara yang sudah tiada bersama kita,” harapnya.

Dengarkan lagu ini di semua platform muzik digital kegemaran anda dan saksikan video liriknya di saluran YouTube Nyoman Paul. Selamat mendengar!’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This