Sambut Aidilfitri dengan ‘Syawal Membayu’ di Melawati Mall, tawar pengalaman tradisi dan warisan budaya

Dari Penulis

Mengangkat tema nostalgia dengan menggambarkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung, Melawati Mall meraikan kempen Raya 2025 dengan ‘Syawal Membayu’.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang menampilkan konsep moden, tahun ini menampilkan dekorasi dan program acara diinspirasikan oleh keindahan perkampungan nelayan yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya.

Selain membawakan koleksi fesyen terkini seperti Variante, HLA da Omar Ali, pusat membeli belah ini juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini, antaranya Persembahan Akordion & Muzik Multikultural, Tarian Tradisional & Demonstrasi Silat dan Bengkel Seni Kanak-Kanak.

Sepanjang kempen ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif.

Untuk melayakkan diri, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya eksklusif di kaunter informasi.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pusat ini juga akan bekerjasama dengan masjid berdekatan untuk membuka kaunter Zakat Fitrah, memudahkan para pengunjung menunaikan kewajipan zakat sebelum menyambut Hari Raya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This