Fizz Fairuz berhasrat hantar anak ke sekolah tahfiz

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MELIHATKAN keadaan semasa membesarkan anak-anak, Datuk Fizz Fairuz mengakui cabaran besar bakal dihadapi oleh kebanyakan ibu-bapa dari semasa ke semasa seiring dengan peredaran masa.

Jelasnya, dalam arus pemodenan pastinya banyak yang harus diambil kira sepanjang mendidik anak-anak yang sedari kecil sudah terdedah dengan gajet dan internet yang pastinya memberikan impak berbeza berbanding zaman dahulu.

“Memang anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu.

“Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.

“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah. 

“Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” jelasnya.

Tambah Fizz lagi, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak sebelum mereka membesar dan boleh berdikari.

Dia sentiasa mengingkatkan semua anak-anaknya tentang kepentingan ilmu dan pendidikan yang akan menjadi bekalan kemudian hari.

Paling penting adalah asas agama memandangkan itu yang akan menjadi benteng kepada kehidupan anak-anak.

Jelas suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini lagi, dia sendiri memang menerapkan ilmu agama kepada anak-anak dan gembira sekiranya ada di antara mereka yang bakal menjadi penghafal Al-Quran pada masa hadapan.

“Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu ada sekolah tahfiz sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.

“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak.

“Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka dikemudian hari,” katanya merujuk kepada Tadika Tahfiz Negeri Pahang.

Sebagai info, Fizz mendirikan rumah tangga bersama Almy pada 2014 dan pasangan ini dikurniakan Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4 dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This