Perubahan strategik, Suria FM harap kekal jadi pilihan utama pendengar – Segmen Suria Cinta bersiaran hujung minggu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEBAGAI langkah memperkukuhkan lagi kedudukannya pada tahun ini, stesen radio Suria FM telah mengambil inisiatif untuk melakukan beberapa perubahan besar.

DJ Lin yang sebelum ini menggalas dua tanggungjawab besar di Suria FM iaitu sebagai Pengurus Besar dan pengendali segmen Suria Cinta, akan lebih memberikan fokus kepada bahagian pengurusan.

Ujarnya, slot “Suria Cinta” akan digantikan dengan segmen dan penyampai baru. Meskipun DJ Lin akan memberikan lebih fokus terhadap bidang pengurusan, namun dia tetap akan mengendalikan segmen “Suria Cinta” pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad bermula 8 malam hingga 1 pagi) untuk mengubati rindu peminatnya. 

“Bermula Mei depan, Nur Imanina Mohd Hisham atau lebih mesra dipanggil Iman, akan mengendalikan segmen baru yang ke udara bermula 8 malam hingga 12 malam setiap Isnin hingga Jumaat. Segmen ini berkonsepkan interaktif dengan pengisian lebih santai serta mengikut trend terkini dalam usaha menarik minat pendengar generasi muda. 

“Sementara itu, demi memperkukuhkan segmen hujung minggu di Suria FM, Suraya Borhan akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen “Suria Hujung Minggu” ( 6 pagi hingga 10 pagi) dan juga “Hello Suria” ( 2 petang hingga 7 malam).

“Bersandarkan pengalaman luasnya sebagai penyampai dan penerbit, kami yakin bahawa dia mampu membawa nafas baharu kepada segmen hujung minggu.

“Perubahan ini adalah sealiran dengan perancangan Suria FM untuk tidak mengabaikan segmen hujung minggu dan dapat menarik minat penaja,” katanya.

Bagi tujuan menarik lebih ramai pendengar muda dan baharu untuk “Morning Morning Suria”, Kai Hassan akan digandingkan bersama Ajak dan Datuk Fizz Fairuz. Keserasian mereka mampu membawa aura yang lebih segar dan dinamik. Gabungan personaliti unik dan penuh semangat akan disajikan dengan kandungan yang lebih menarik untuk memulakan hari pendengar. 

Sementara itu, Cik Piah kekal mengendalikan segmen “Gaya Suria” dan “Muzik Top Suria” dari 10 pagi hingga 3 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala Sharifah Shahirah (Rara) dan Chiwan juga masih mengendalikan “Suria Petang”  dari 3 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat. 

Perubahan strategik ini bertujuan memastikan Suria FM terus kekal sebagai pilihan utama pendengar dengan menyajikan kandungan yang segar dan dinamik, sambil mengekalkan daya tarikannya yang tersendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This