Sabhi Saddi kenang kebaikan arwah Jojo – “Kami pernah sama-sama tiada duit…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Sabhi Saddi meluahkan perasan terkilan selepas tidak berkesempatan menziarahi sahabat baiknya, Allahyarham Jojo atau Nur Hasan Balas buat kali terakhir.

Bagaimanapun, Sabhi tetap bersyukur kerana arwah meninggal dunia pada hari Israk Mikraj yang juga malam penuh keampunan.

“Sampai hari ini saya masih terkesan dia tiada. Kali terakhir saya buat panggilan video dengan dia pada November lalu, saya janji mahu berjumpa tetapi tak sempat. 

“Rasa terkilan dan menyesal sangat bila saat akhir dia, saya tidak berpeluang menghantarnya ke tanah perkuburan sebab terikat dengan komitmen kerja.

“Tapi saya bersyukur, arwah meninggal dunia  pada malam penuh barakah iaitu hari Israk Mikraj. Pemergian dia sangat baik dan kalau boleh semua orang nak pengakhiran sepertinya,” katanya kepada URTV.

Sabhi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Selangor Havoc Raya Fest di Setia Alam, baru-baru ini.

Menguak kembali kebaikan bekas ahli kumpulan One Nation Emcees itu, Sabhi tidak dapat menahan air mata daripada mengalir  saat menceritakan sikap mulia arwah sahabatnya itu.

“Dulu saya pindah dari Sandakan ke Kota Kinabalu, dia jumpa saya dan ajar semua benda. Kami berjalan dari bandar Kota Kinabalu ke rumahnya dalam lima kilometer. Sepanjang perjalanan itu dia ajar menari. 

“Kebaikan arwah, kami sama-sama tiada duit tetapi setiap kali bangun, dia akan tinggalkan wang untuk saya ke bandar. 

“Dia antara sahabat yang paling saya sayang. Banyak momen kami berdua daripada tidak dikenali sampailah orang kenal. 

“Saya tidak pernah lupa kebaikan dia. Ini contoh sahabat yang tidak akan saya dapat di mana-mana. Sanggup susah senang bersama,” luahnya sebak.

Pada 26 Januari lalu, bekas anggota One Nation Emcees itu disahkan meninggal dunia selepas rebah di masjid dipercayai akibat serangan jantung. 

Ketika kejadian, Jojo sedang menyertai majlis Ijtimak Qudamak Seri Petaling di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This