SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas di plaza tol Putrajaya, Lebuhraya Utara – Selatan, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 7.42 pagi.
Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi 18 minit kemudian dan mendapati sebuah Perodua Myvi telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Terdapat seorang lelaki berbangsa Cina tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa dikenali sebagai Ngu Kwong Chiong, 48, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

