GENBLUE banggakan dunia K-Pop dengan EP Act Like That, pasang niat untuk bertemu peminat Malaysia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

GENBLUE, kumpulan gadis dinamik dari Taiwan, sedang menggegarkan dunia K-pop dengan pelancaran EP Korea pertama mereka, ACT LIKE THAT, yang turut disertakan dengan jelajah promosi di seluruh Asia, termasuk Malaysia.

Terdiri daripada XXIN, AYEON, YUAN, LILI, AYAKO, dan NICO, GENBLUE kini menjadi kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang menembusi pasaran album fizikal di Korea Selatan dengan EP ini.

Album EP ini mengandungi empat lagu yang bervariasi daripada rentak rancak hingga melodi yang menenangkan, iaitu ACT LIKE THAT, OH!, SLOW DOWN dan FEEL LIKE SPRING. 

Sejak dilancarkan, album ini telah tular dalam talian, terutamanya video muzik ACT LIKE THAT, yang menampilkan koreografi one-take serta memperlihatkan sisi berani tetapi ceria mereka.

Ditubuhkan di bawah label Taiwan, TEN Entertainment, GENBLUE mula meraih populariti menerusi rancangan realiti NEXT GIRLZ pada tahun 2023. 

Nama mereka, gabungan perkataan Generation dan Blue, melambangkan semangat era baharu serta keluasan lautan yang tidak berpenghujung.

Selepas menjalani latihan intensif bersama jurulatih ternama dari JYP, YG, SM, dan HYBE, GENBLUE mencipta sejarah sebagai kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang debut di Korea dengan single COCOCO pada tahun 2024, diikuti dengan kemenangan K-POP Rookie Award di Korean Culture and Entertainment Awards.

Mereka semakin menyerlah di Korea melalui persembahan muzik, acara tandatangan album, flash mob, kedai pop-up eksklusif serta kolaborasi foto booth. Bagi merakam album ini, ahli kumpulan yang berbahasa Mandarin ini telah berusaha mempelajari bahasa Korea. 

Mereka juga sedang meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris untuk berinteraksi lebih baik dengan peminat antarabangsa.

Ketua kumpulan, XXIN, berkongsi, “Album ini mencerminkan intipati sebenar GENBLUE, dan kami dedikasikan ia kepada peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

GENBLUE juga memberi bayangan kemungkinan bakal mengadakan acara istimewa untuk peminat sekiranya video muzik ACT LIKE THAT melebihi 30 juta tontonan.

Peminat di Malaysia boleh membantu merealisasikannya dengan menekan butang play!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This