Ifa Raziah pilih lokasi lebih luas & selesa, Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 konsep ‘indoor’ & ‘outdoor’ jadi daya tarikan, Biduanita Negara pun join sekali tau!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FESTIVAL No. 1 negara, Starvendors,  kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. 

Kali ini, festival tersebut akan berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik di KL Base, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi dengan konsep “Indoor” dan “Outdoor” yang menjanjikan lebih banyak aktiviti untuk seluruh keluarga. 

Festival ini akan diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025. 

Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 merupakan penganjuran kali ke-16 sejak 2019. Menariknya tahun ini, konsep “Indoor” akan memfokuskan kepada persiapan raya, manakala konsep “Outdoor” pula khas untuk pencinta makanan, dengan waktu operasi bermula dari jam 3 pagi 20 Mac sehingga 6 pagi setiap hari. 

SPayLater juga akan menjadi Rakan Pembayaran Eksklusif untuk Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. Dengan kemudahan “Buy Now, Pay Later”, pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan mudah sepanjang festival ini. 

Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, Ifa Raziah yang juga artis versatil terkenal, berkata, Starvendors tekad untuk terus memberi peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana serta selebriti untuk mengembangkan jenama mereka melalui platform ini.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Starvendors juga akan menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Perak dengan konsep Starvendors Foodstival yang sama. 

“Acara ini akan berakhir pada ke-20 pada penghujung tahun 2025,” katanya.

Acara itu juga akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat solat, tempat berbuka puasa, dan sahur yang selesa. 

Pengunjung boleh membeli-belah sambil menikmati pelbagai aktiviti kekeluargaan pada waktu malam, termasuk kereta berhias, pertunjukan lampu, dan persembahan daripada artis-artis terkenal. 

Festival ini turut menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air yang akan membuka booth dan menjual produk mereka sendiri. 

Antara artis yang terlibat termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kak KM, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Afdlin Shauki, Chacha Maembong, Siti Sairah, Ako Mustapha, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Agy, Prince Syed & Fatin, dan ramai lagi.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendapat Hujan Duit dan goodie bags bernilai lebih RM100,000. 

Bukan itu sahaja, pengunjung dari seluruh Malaysia, termasuk Brunei, Singapura, dan Indonesia, dijemput hadir untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025. 

Selain artis-artis terkenal, SPayLater juga akan memudahkan pengunjung dengan kaedah pembayaran yang Patuh Syariah. Pengunjung boleh membeli barang keperluan anda dan bersedia untuk Hari Raya dengan hanya satu klik, di semua kedai yang terdapat di Star Vendors KL Mega Raya Fest! 

Pengunjung boleh memilih untuk bayar bulan depan dengan zero caj, atau secara ansuran sehingga 12 bulan dengan diskaun eksklusif SPayLater! 

SPayLater, bayar dengan fleksibiliti, berbelanja dengan bijak. Lobak Merah, World of Buzz, Demalayan Event, Ruang Rama, dan Hitman Group turut serta sebagai rakan media dan rakan strategik dalam menjayakan festival ini.

“Festival kali ini melibatkan selebriti daripada pelbagai generasi, dari yang senior hingga kepada BBNU, termasuk pempengaruh terkenal. 

“Setiap artis mempunyai peminat tersendiri, dan kami percaya ia akan memberi peluang terbaik kepada semua yang terlibat.

“Harapan saya untuk tahun ini adalah kita semua dapat bangkit bersama, termasuk usahawan-usahawan dan rakan-rakan selebriti, untuk terus maju ke hadapan. Tagline festival : Starvendors Pasti Mega!” ujarnya. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Starvendors KL Mega Raya Fest 2025, tempat di mana kegembiraan, pembelian dan keseronokan bertemu!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This