Aspek pembangunan syiar Islam kekal terpelihara di Pulau Pinang – Chow

Dari Penulis

PULAU Pinang sentiasa terus berusaha untuk memelihara aspek pembangunan syiar Islam, antaranya menerusi penyediaan peruntukan bagi pembangunan masjid, surau, sekolah agama rakyat dan instusi tahfiz, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM10.22 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan masjid serta surau tahun ini, termasuk pembinaan masjid baharu, kerja-kerja baik pulih serta penyediaan kemudahan lebih selesa buat jemaah.

Beliau berkata, selain itu inisiatif memperkasa pendidikan Islam, termasuk menaik taraf sekolah-sekolah agama rakyat dan institusi tahfiz diteruskan dengan komitmen bahawa dalam arus kemajuan serta pengagihan kemakmuran, tiada sesiapa yang dipinggirkan selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 dan pembentukan gagasan Visi Penang2030.

Selain itu, beliau berkata Pulau Pinang memperuntukkan RM14.2 juta bagi memperkasa pendidikan Islam di negeri, termasuk menaik taraf sekolah agama rakyat dan institusi tahfiz.

Sementara itu, Chow berkata beliau berharap sambutan Aidilfitri tahun ini akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan persaudaraan sesama semua dalam sebuah keluarga besar yang harmoni, serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 

“Budaya ziarah-menziarahi, bertukar-tukar buah tangan sebagai tanda ingatan juga masih subur diamalkan, sekali gus mencerminkan nilai kasih sayang dalam meraikan kepelbagaian semakin mengukuh. Nilai-nilai murni inilah yang menyokong pembentukan manusiawi dan ia perlu dipelihara,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This