Kebakaran Putra Heights: CIDB tarik semula kenyataan lepas dedah siasatan awal

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menarik semula kenyataan media yang dikeluarkan petang semalam berhubung siasatan awal kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights.

CIDB dalam kenyataan terbaharu menegaskan, tindakan itu diambil kerana tidak mahu mendahului proses siasatan yang masih berjalan serta membabitkan banyak pihak berkuasa.

Pada masa sama, agensi itu turut memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang tercetus akibat kenyataan awal berkenaan terutama kepada penduduk yang terkesan.

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi dan berusaha memastikan perkara ini ditangani dengan penuh integriti dan ketelusan.

“Sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri pembinaan negara, CIDB memberi jaminan akan membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa terlibat.

“Kami komited untuk memastikan setiap aspek kes ini diteliti secara menyeluruh dan adil,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Lebih 30 jam selepas kebakaran saluran gas, tumpuan terarah pada siasatan punca kejadian

Mengulas lanjut, CIDB turut menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu pematuhan terhadap standard keselamatan dan peraturan industri pembinaan.

Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau ketidakpatuhan, CIDB menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil tanpa sebarang pengecualian.

“Komitmen kami adalah untuk memastikan industri pembinaan negara beroperasi mengikut piawaian tertinggi demi keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan semua pihak,” katanya.

Sebelum itu, CIDB mendedahkan siasatan awal dijalankan pasukan penguatkuasaan CIDB Selangor diketuai Pengarahnya, Heryanti Hilmi mendapati tiada aktiviti pembinaan dilakukan pada hari berlakunya insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu.

Heryanti dalam kenyataan itu berkata, siasatan di lokasi kejadian menunjukkan tapak pembinaan 10 kedai pejabat dua tingkat yang dikaitkan warganet dengan letupan paip gas terbabit sebenarnya terletak 30 meter daripada lokasi paip gas yang meletup.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This