SEORANG lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Lembah Beringin, petang ini.
Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.27 petang.
Sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler, lori tiga tan dan sebuah kereta.
“Pemeriksaan di dalam lori tiga tan mendapati seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun telah meninggal dunia sementara seorang lelaki Cina berusia 51 tahun cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, seorang lelaki Melayu berusia 26 tahun yang menaiki treler serta dua lelaki berusia 18 dan 52 tahun di dalam kereta jenis Toyota mengalami cedera ringan.
Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

