Tengkorak, rangka manusia ditemui di sawah padi

Dari Penulis

TENGKORAK dan tulang yang dipercayai rangka manusia ditemukan di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata maklumat mengenai penemuan itu diterima petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada kira-kira 3 petang. 

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Selising dan IPD Pasir Puteh telah ke lokasi kejadian dan menemukan tengkorak serta tulang dipercayai rangka manusia.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hadir untuk menjalankan siasatan serta pencarian saki-baki rangka bagi melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Selising Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-7867222,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This