Pemandu rentung, kereta dipandu terbabas lalu terbakar

Dari Penulis

SEORANG pemandu ditemukan rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbakar dalam kejadian di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara di Pendang, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Mohd Happyzam Abd Rasid memaklumkan, sepasukan anggota dari BBP Guar Chempedak dan BBP Pendang telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 11.36 malam.

Menurut beliau, pasukan anggota berkenaan yang diketuai Muhammad Muslim Al Mubarak tiba di lokasi pada pukul 11.58 malam.

Setibanya di lokasi kemalangan, beliau berkata, kereta tersebut didapati terbabas dan melanggar pembahagi di sebelah kiri jalan.

Baca artikel lain: Rumah terbakar, pemuda ditemukan rentung dalam bilik air

Pada masa sama, kata beliau, kenderaan itu juga didapati berada dalam keadaan terbalik sebelum terbakar.

“Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang mangsa di dalam kereta terbabit dan tindakan operasi kerja-kerja pemadaman dilakukan sehingga api berjaya dikawal pada 12.40 tengah malam.

“Terdapat seorang mangsa berada dalam kereta terbabit dalam keadaan rentung, namun jantina serta identitinya belum dikenal pasti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This