Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di Jalan Kuala Bikam, Sungkai, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 pagi berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia.

Sabarodzi berkata, terdapat tiga orang mangsa terlibat dan kesemua mangsa didapati tidak tersepit.

“Seorang lelaki dewasa serta seorang wanita dewasa berada di dalam Perodua Myvi manakala seorang lagi lelaki dewasa berada dalam Perodua Axia.

“Pemandu kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan awam yang berada di lokasi kemalangan,” katanya.

Sabarodzi berkata, pemandu Perodua Axia pula mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan luka di badan.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah manakala mayat mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This