Trump tuntut laluan percuma kapal AS belayar di Terusan Panama, Suez

Dari Penulis

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menegaskan bahawa kapal-kapal AS sepatutnya dibenarkan melalui Terusan Panama dan Suez tanpa dikenakan sebarang bayaran, dengan mendakwa kedua-dua laluan strategik itu wujud hasil usaha AS.

“Semua kapal Amerika, sama ada tentera atau komersial mesti dibenarkan melalui Terusan Panama dan Terusan Suez secara percuma,” tulis Trump di platform Truth Social, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Tanpa Amerika Syarikat, terusan-terusan itu tidak akan wujud,” katanya sambil mengarahkan Setiausaha Negara, Marco Rubio untuk “segera menguruskan dan mendokumentasikan perkara ini.”

Baca artikel lain: PM ucap tahniah kepada calon BN menang PRK Ayer Kuning

Penasihat Keselamatan Negara, Michael Waltz turut menyokong pendirian Trump mengenai Terusan Panama, dengan menyatakan bahawa AS tidak sepatutnya membayar untuk menggunakan terusan yang dibinanya sendiri.

Terusan Panama menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik melalui Panama, manakala Terusan Suez di Mesir menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah, menyediakan laluan maritim terpendek antara Eropah dan lautan India serta Pasifik Barat.

Kedua-dua terusan itu mengenakan yuran transit yang tinggi, bergantung kepada saiz kapal dan jenis kargo, yang boleh mencecah ratusan ribu dolar.

Pada Februari lalu, Panama menarik diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China selepas menerima tekanan dari Washington dan lawatan oleh Rubio.

— Bernama-Anadolu

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This