PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa, menandakan permulaan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat sejak kembali memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lepas.
Lawatan empat hari yang turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyerupai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama.
Semasa berada di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta wakil industri teknologi dan perniagaan sehingga 16 Mei.
Baca artikel lain: 2 lelaki ditemukan selamat, 2 lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Terbaharu media antarabangsa melaporkan tokoh perniagaan ternama seperti Elon Musk juga dijangka menghadiri Forum Pelaburan Arab Saudi-AS yang dijadualkan berlangsung di sini, pada 13 Mei.
Arab Saudi sebelum ini menyatakan komitmen untuk melabur US$600 bilion di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun, selain bersetuju membeli senjata dari Washington bernilai US$3.5 bilion pada awal tahun ini.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

