PELAKON dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel, 37, mendedahkan kondisi kesihatan isterinya iaitu Wawa Zainal yang terpaksa dikejarkan ke hospital semalam disebabkan menghadapi gastrik yang teruk sehingga tidak mampu berjalan.
Menurut Aeril, keadaan itu berlaku disebabkan tabiat isterinya yang gemar minum air panas.
“Semalam Wawa sakit gastrik. Kami bawa dia ke hospital untuk dapatkan rawatan dan kena tahan wad.
“Dia memang gastrik teruk, sampa tak boleh berjalan. Sebanarnya dia degil tak nak pergi ke hospital tapi saya cakap kalau tak nak pergi nanti kita susah dan akan kacau semua perancangan.
“Dia gastrik kerana suka minum air panas walaupun doktor dah nasihatkan tapi dia degil juga. Dia masuk wad satu hari sahaja, hari ini sudah dibenarkan keluar,” katanya kepada URTV.
Aeril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Pelancaran Komik Kolaborasi Under18 x Klepet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), WTC Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Aeril turut mengumumkan penglibatannya sebagai penerbit eksekutif filem komikal berjudul Klepet yang menyaksikan kolaborasinya bersama komik Under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz.
Menurut Aeril, filem tersebut turut mendapat kerjasama studio ‘Respected Citizen yang menyaksikan gabungan dunia komik dan filem dalam satu naskhah sama.
Filem arahan Indra Putra itu dibarisi pelakon seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, dan Meerqeen dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

