FESTIVAL Aku. Muzik & Kamu (AMK) kembali dengan semangat yang lebih membara, lebih lantang, lebih membanggakan dan kali ini, dengan lineup 100 peratus tempatan.
Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai 2025, AMK Indie 2025 bakal menjadi perhimpunan terbesar untuk peminat muzik indie, rock dan ska meraikan genre indie yang telah membentuk identiti, semangat dan komuniti kita.
Bukan sekadar konsert, AMK Indie 2025 festival yang berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan 21 kumpulan muzik paling ikonik, diminati dan bakat baharu di Malaysia.
Daripada kumpulan iram klasik kultus ke reunion yang jarang-jarang berlaku, hinggalah suara-suara baru yang menyemarakkan semula semangat muzik alternatif, barisan ini adalah cerminan sebenar terhadap bunyi dan jiwa remaja Malaysia, dari dulu hingga kini.
Barisan hari pertama (26 Julai) menampilkan SYJ, Cromok, Monosterio, 6ixth Sense, Plague of Happiness, Metalasia, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, SOG, PATRIOTS dan Aboi.
Manakala hari kedua (27 Julai) pula membariskan Meet Uncle Hussain, Empty Page, Butterfingers, Hujan, Seven Collar T-Shirt, SalamMusik, Kyoto Protocol, Midnight Fusic, Gerhana Skacinta dan Monoloque.
Sebahagian daripada band ini kembali ke pentas selepas bertahun menyepi, ada yang muncul semula setelah sekian lama di nanti dan ada juga yang tetap setia dalam arus muzik alternatif tempatan.
Meskipun berbeza haluan, semuanya pernah dan masih memainkan peranan penting dalam membentuk identiti muzik alternatif Malaysia.
Festival ini adalah pentas untuk mereka menghidupkan kembali pengaruh itu, secara langsung, dengan penuh tenaga.
“Festival ini untuk peminat sejati. Tiada artis antarabangsa, tiadanama tangkap muat. Hanya bakat tempatan sepenuhnya,” kata David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events, penganjurbersama AMK Indie 2025 bersama Westzone Entertainment.
Keistimewaan AMK Indie 2025 adalah komitmennya yang teguh terhadap muzik tempatan.
Segala-galanya dalam festival ini berpaksikan identiti lokal. Daripada barisan artis hingga kekeseluruhan pengalaman, ia menyerlahkan bukan sahaja muzik, tetapi juga makanan, tenaga, dan semangat kreatif yang membentukbudaya belia Malaysia.
Dengan kapasiti 30,000 orang di Litar Antarabangsa Sepang, pelbagai zon tiket, dan festival makanan yang dikurasi khas, AMK Indie 2025 menjanjikan pengalaman hujung minggu yang menghidupkan semula jiwa festival tempatan, mengikut cara kita sendiri.
Tambahan pula dengan harga tiket bermula serendah RM159, AMK Indie 2025 merupakan salah satu festival muzik paling mampu milik tahun ini.
Untuk harga tiket satu konsert biasa, peminat dapat menikmati persembahan legenda, makanan tempatan asli, dan suasana yang tidak dapat dilupakan untuk dua hari penuh,semuanya di bawah langit terbuka Sepang.
Sama ada anda mahu menghidupkan semula kenangan muzik zaman remaja, atau baru mula menyelami dunia muzik tempatan, AMK Indie 2025 ialah festival yang wajib anda pergi.
Ajak teman, tandakan tarikhnya, dan bersedia untuk jadi sebahagian daripadafestival yang akan menjadi bualan ramai.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

