Penjual tempatan terus berinovasi, Shopee bantu tingkat daya saing dalam era e-dagang

Dari Penulis

Dalam era digital yang kian berkembang, para penjual tempatan kini melangkah lebih jauh dengan pendekatan jualan inovatif bagi mengekalkan daya saing dan membina kepercayaan dalam kalangan pengguna, melebihi sekadar tawaran harga murah.

Strategi digital ini bukan sahaja membantu penjual tempatan meningkatkan jualan, malah turut memupuk keterlibatan pengguna dan membentuk komuniti setia.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, pihaknya sentiasa menyokong penjual tempatan dalam memperkasakan perniagaan masing-masing.

“Peniaga kini semakin bijak dan kreatif dalam cara mereka menarik perhatian pengguna. Shopee menyokong usaha ini melalui penyediaan data dan alat yang membolehkan mereka membina hubungan jangka panjang dengan pembeli,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif ini penting dalam mewujudkan ekosistem e-dagang yang mampan dan menyeluruh, di mana nilai sebenar menjadi teras kepada setiap transaksi.

Daripada dapur rumah ke bengkel motosikal, penjual tempatan hari ini membuktikan bahawa inovasi, keterlibatan tulen dan keupayaan menyesuaikan diri dengan teknologi digital mampu membawa perubahan besar kepada landskap perniagaan negara.

Antara yang mencuri tumpuan ialah jenama-jenama seperti Arwaafood, JK Biscuits, dan Hollywood MotorSport, yang giat memanfaatkan sepenuhnya rangkaian alatan digital Shopee seperti Shopee Live, Shopee Video, Shopee Affiliates, dan label ‘Lagi Murah’.

Arwaafood Angkat Resipi Tradisional, Cipta Komuniti Sihat

Diasaskan oleh empat anak tempatan, Hadi Kaderi, Nizar Mustafa, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa, Arwaafood tampil dengan makanan segera tanpa bahan pengawet yang diinspirasikan daripada resipi tradisional.

Pendekatan mereka yang berfokus kepada penceritaan dalam sesi Shopee Live menarik lebih 660,000 tontonan dalam masa tiga bulan sahaja.

“Ramai makanan segera di pasaran mengandungi bahan tambahan yang tidak sihat. Kami mahu tawarkan alternatif berasaskan bahan semula jadi yang mencerminkan akar budaya dan nilai kesihatan masyarakat kita,” kata Hadi.

Pendekatan ini turut membuahkan hasil yang membanggakan ketika Festival Shopee 5.5 baru-baru ini apabila jualan Arwaafood melonjak 144 peratus hasil gabungan penstriman langsung, pakej strategik dan penggunaan baucar semasa waktu puncak. Malah, lebih 40 peratus pesanan datang menerusi usaha Shopee Affiliates, satu bukti bahawa kandungan yang tulen mampu mendorong pembelian.

JK Biscuits: Jual Buah Secara Langsung, Capai RM4,000 Sehari

Di Bidor, Perak, Lai Nyuk Ling membuktikan bahawa hasil tani tradisional juga mampu berinovasi dalam era digital. Melalui Shopee Live, beliau mempamerkan buah-buahan segar seperti jambu batu dan buah naga secara langsung termasuk memotong buah di depan kamera untuk menunjukkan kualiti sebenar.

Lai Nyuk Ling dari JK Biscuits memberi inspirasi kepada komuniti setempat untuk teroka dunia e-dagang.

“Pelanggan kami dapat lihat sendiri keadaan buah, cara pembungkusan, dan yakin terhadap kesegaran produk yang diterima,” ujar beliau.

Langkah ini membuahkan hasil lumayan, dengan jualan harian mencecah RM4,000. Kejayaan ini juga memberi inspirasi kepada pekebun lain di komuniti beliau untuk meneroka e-dagang secara lebih serius.

Hollywood MotorSport Bawa Sentuhan Pakar ke Alam Maya

Industri automotif turut tidak ketinggalan. Hollywood MotorSport, yang terkenal dengan alat ganti dan aksesori motosikal, berjaya membawa kepakaran kedai fizikal mereka ke alam maya menerusi penstriman langsung dan video penerangan produk yang mesra pengguna.

“Kami mahu setiap pelanggan rasa mereka dilayan secara peribadi, sama seperti mereka datang ke kedai,” kata Simon Tan, Pengarah Hollywood MotorSport.

Hasilnya, hampir satu daripada lima pesanan bulanan kini datang daripada ahli Shopee Affiliate, manakala kandungan Shopee Video mencatat peningkatan sepuluh kali ganda dari segi penglibatan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan jualan, malah turut mengukuhkan reputasi jenama sebagai pakar dipercayai dalam bidang automotif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This