[VIDEO] Hazama teruja Aku Bukan Narsisis dapat penangan ‘menggila’ daripada peminat! – “Mungkin sebab rakyat Malaysia suka lagu jiwa kacau”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Hazama tampil dengan single terbaharu menyentuh jiwa berjudul Aku Bukan Narsisis yang merupakan ciptaan dan terbitan oleh komposer terkenal Farouk Roman.

Manakala liriknya pula hasil kolaborasi Hazama dan Zel Hadauan. Lagu ini diangkat sebagai lagu tema rasmi untuk drama adaptasi novel hit Dia Bukan Syurga karya Rissa Ahdiya yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

“Karya ini memang lain daripada lagu-lagu yang pernah saya keluarkan. Ia lebih mendalam, emosional dan menuntut saya bermain dengan jiwa, bukan sekadar vokal.

“Jujurnya saya tak sangka lagu ni akan ‘meletup’. Mungkin sebab rakyat Malaysia ni suka lagu-lagu yang ada unsur ‘jiwa kacau’. “Kalau ada peluang saya mahu lagu ini bersaing di AJL (Anugerah Juara Lagu). Mungkin saya boleh menjadi pencabar penyanyi ‘power vocal’ yang lain.

“Aku Bukan Narsisis merupakan luahan daripada perspektif watak lelaki bernama Tajul dalam drama Dia Bukan Syurga yang terperangkap dalam kekeliruan cinta dan pergolakan emosi yang tidak stabil.

“Lagu ini menyelami sisi psikologi seorang lelaki yang sering dilabel sebagai “narsisis” atau terlalu mengawal dalam percintaan, sedangkan hakikatnya dia sedang bergelut dengan ketakutan akan kehilangan, rasa tidak mencukupi, dan obsesi terhadap kesempurnaan dalam cinta,” katanya kepada URTV.

Hazaman berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Aku Bukan Narsisis yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam drama Dia Bukan Syurga, watak Nuha (lakonan Ezzanie Jasny) berdepan tekanan emosi dalam perkahwinannya dengan Tajul (lakonan Niezam Zaidi), seorang lelaki yang panas baran dan cemburu buta.

Sementara itu, Hazama bukanlah seorang narsisis meskipun menyanyikan lagu berjudul sedemikian, malah dia juga enggan dikaitkan dengan isu masalah mental.

““Saya bukan narsisis. Malah, saya tak suka dengan istilah itu sebab bagi saya ia negatif.

“Saya pun tak pasti pernah tak jumpa orang macam tu, tapi kalau ada pun, saya takkan terus melabel mereka dengan perkataan narsisis. Mungkin dia cuma sedang melalui hari-hari yang sukar.

Lagu ini menggambarkan konflik batin Tajul seorang suami yang menyayangi tetapi pada masa yang sama melukai sekaligus mencerminkan realiti cinta yang toksik serta bagaimana ketidak matangan emosi mampu menghancurkan sesebuah hubungan.

Disulami dengan susunan muzik yang dramatik dan vokal ekspresif Hazama, Aku Bukan Narsisis memberi wajah dan suara kepada watak Tajul, menjadikannya elemen penting dalam menggambarkan sisi gelap perhubungan dalam drama ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This