Maszlee nafi Anwar menjerit marah Rafizi dalam mesyuarat MPP

Dari Penulis

AHLI Majlis Pimpinan Parti (MPP) Parti Keadilan Rakyat Dr. Maszlee Malik menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjerit kepada bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam mesyuarat terakhir MPP pada 30 April lalu.

Melalui Facebook beliau, Dr. Maszlee yang turut bersumpah Wallahi wa Tallahi wa Billahi berkata,  Anwar yang merupakan Presiden PKR tidak seminit pun menjerit dalam mesyuarat itu berhubung pemilihan PKR.

‘’Siapa yang mengatakan bahawa Presiden Keadilan menjerit memarahinya selama 20 minit pada mesyuarat tersebut, sama ada beliau menipu ataupun beliau berhalusinasi atau penghidap Skizofrenia yang kronik,’’ katanya yang turut menyertakan definasi ‘jerit, menjerit’ mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Datuk Seri Rafizi Ramli

Dr. Maszlee berkata, majoriti ahli MPP yang turut hadir bersama beliau pada mesyuarat tersebut menjadi saksi bahawa Anwar  tidak menjerit selama 20 minit sewaktu mesyuarat tersebut.

 Walaupun tidak menyebut nama namun Dr. Maszlee dilihat merujuk kepada dakwaan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri, kelmarin bahawa  Anwar menjerit dalam mesyuarat berkenaan  kepada beliau ketika membangkitkan isu penipuan dalam pemilihan PKR.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut, motosikal bergesel sebelum terjatuh dan digilis lori di Johor Bahru

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan motosikal lain sebelum terjatuh lalu digilis sebuah lori di Kilometer 7.6...

More Articles Like This