ILP Miri, Cheras kekal catat IPU tidak sihat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KAWASAN Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri di Sarawak dan Cheras, Kuala Lumpur kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 2 petang tadi.

ILP Miri mencatatkan IPU pada kadar 131 manakala 109 direkodkan di Cheras.

Bagaimanapun, bacaan di Cheras menurun berbanding pukul 1 tengah hari tadi yang berada kadar kadar 119.

Bacaan di ILP Miri pula hanya menurun sedikit daripada 132 pada pukul 1 tengah hari.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, 60 kawasan mencatatkan bacaan sederhana termasuk Petaling Jaya, Selangor (87); Seri Manjung, Perak (86); Shah Alam, Selangor (84) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (83).

Baca artikel lain: Inisiatif tol percuma musim perayaan tahun depan belum diputuskan

Enam kawasan lain pula berada pada kadar IPU baik iaitu dua di Johor dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Perlis, Kedah serta Kelantan.

Bacaan IPU di Tanah Merah, Kelantan dan Pengerang, Johor merekodkan kadar paling baik iaitu 40 manakala Langkawi, Kedah serta Kangar di Perlis mencatatkan 43.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut, motosikal bergesel sebelum terjatuh dan digilis lori di Johor Bahru

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan motosikal lain sebelum terjatuh lalu digilis sebuah lori di Kilometer 7.6...

More Articles Like This