IPU tidak sihat dicatat di lapan kawasan, Alor Gajah tertinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ALOR Gajah di Melaka merekodkan kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat tertinggi iaitu 160 setakat pukul 9 pagi tadi.

Selain Alor Gajah, tujuh kawasan lain di seluruh negara turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

Tujuh kawasan lain itu adalah dua di Selangor dan masing-masing satu di Pahang; Negeri Sembilan; Terengganu; Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Selangor, Banting menyaksikan bacaan 155 manakala Johan Setia pada kadar 152.

Temerloh di Pahang pula merekodkan kadar 156; Nilai di Negeri Sembilan (155); Kemaman, Terengganu (153); Cheras, Kuala Lumpur (151) dan Putrajaya (124).

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, 57 kawasan menunjukkan bacaan sederhana (51-100) termasuk Bukit Rambai, Melaka (99); Balok Baru Kuantan, Pahang (99); Port Dickson, Negeri Sembilan (95) dan Kuala Terengganu, Terengganu (92).

Baca artikel lain: Indonesia mulakan pembenihan awan tangani jerebu di Riau

Sementara itu, hanya tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU baik iaitu Kapit, Sarawak (48); Kangar, Perlis (35) dan Langkawi, Kedah (31).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri Pantai Barat Semenanjung berdasarkan pencerapan dilakukan.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarkan analisis imej satelit NOAA-20 dikeluarkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) semalam, mendapati wujud 79 titik panas di kawasan Sumatera, Indonesia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This