“Ada kata saya kena jilat jin, saya susah nak tidur…,” – Badan Aliff Syukri dipenuhi tompokan merah, harap bukan sihir

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi keadaan kesihatannya yang diduga dengan kesan tompokan merah hampir di seluruh tubuhnya.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman,38, berkata, keadaan itu berlaku ketika sedang bersiaran langsung di platform TikTok pada malam Selasa, baru-baru ini.

Malah, katanya, dia juga berdepan dengan sukar tidur selain badan menggeletar sehingga terpaksa dibawa ke klinik.

“Ada orang kata saya kena ‘jilat jin’. Saya sendiri pun tak pasti sebenarnya. Sebelum itu, masa sedang buat ‘live’, badan saya memang dah menggeletar.

“Badan saya dipenuhi dengan tompok-tompok merah atau’gegata’. Saya juga susah nak tidur sehingga isteri bawa pergi dapatkan rawatan di klinik sebab memang tak selesa.

“Saya diberikan suntikan dua kali, semalam. Dan pagi tadi, saya sekali lagi pergi ke klinik untuk dapatkan suntikan ” katanya kepada URTV ketika ditemui ketika kempen jualan beg terpantas melalui penstriman langsung di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Kempen itu turut disertai oleh isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anak mereka juga turun padang bersama.

Bagaimanapun, Aliff menyangkal dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia sengaja mencipta gimik bagi meraih perhatian ramai.

Pada masa sama, dia berharap perkara yang berlaku kepada dirinya itu tidak ada kaitan dengan ilmu hitam.

“Saya tak minta jadi begini (sakit). Orang luar ingat saya sengaja cipta gimik sakit walhal saya memang betul-betul sakit…saya tak tipu.

“Saya tak nafikan dalam perniagaan apa sahaja boleh berlaku termasuklah sihir atau ilmu hitam.

“Tapi saya harap, ia tidak berlaku ke atas diri saya. Walaupun dunia perniagaan pada zaman sekarang ini sangat ‘keras’ tapi saya kena kuatkan diri.

“Saya hanya nak capai impian dan kempen yang dijalankan syarikat saya,” jelasnya.

Sementara itu, Aliff akui terkilan dengan tindakan selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang bertindak memijak beg keluaran jenamanya.

Aliff yang juga penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menganggap perlakuan terbabit sebagai melampau.

“Sejujurnya, ini bukan gimik. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Bila tengok dia pijak beg saya, janganlah macam tu.

“Kita bukan nak cari duit haram. Kalau tak suka dekat saya, bersemuka. Tapi dia cakap saya menipu, scammer tak seronoklah.

“Aku boleh maki tapi kalau buat sama-sama naik saja. Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau.

“Aku tak nak saman kau sebab kau tiada duit. Dia acah-acah saja, tak suka jangan pijak, saya dah lah sakit,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Aliff akan bersiaran langsung di TikTok pada 3 Ogos ini pukul 8 malam demi mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi Kutipan Jualan Beg Terpantas Melalui Penstriman Langsung.

Setiap 1,000 pembeli yang membeli beg tangan edisi Samma yang berharga RM69.90, layak menerima cabutan bertuah gores dan menang.

Pakej menunaikan ibadah umrah, sebuah kereta jenama Honda CRV, percutian di Sugeh Resort, gold bar dan banyak lagi akan diberikan kepada pembeli bertuah. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This