Bukan sekadar lubuk ikan! ZIPS bakal transformasi Sabak Bernam jadi destinasi edu-pelancongan paling ‘ikonik’ di Selangor

Dari Penulis

SIAPA sangka kawasan tenang di utara Selangor bakal berubah wajah menjadi sebuah hab industri perikanan moden yang cukup gah? 

Menerusi pelancaran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS), Sabak Bernam kini bukan sahaja menjadi kubu keterjaminan makanan, malah bakal menjadi destinasi pilihan buat pencinta eko-pelancongan dan edu-pelancongan di Malaysia.

Projek mega yang berkeluasan kira-kira 242.8 hektar itu dilihat sebagai satu langkah ‘game changer’ oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

Bukan sekadar membina kilang, ZIPS dirangka untuk membina sebuah ekosistem gaya hidup dan industri yang mampan, sekali gus memperkasa apa yang dipanggil sebagai Ekonomi Biru.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyifatkan ZIPS sebagai sebuah projek yang mempunyai jiwa besar untuk komuniti setempat. 

Menurut beliau, pembangunan ini akan menjadi magnet kepada pelaburan berkualiti dan penciptaan peluang pekerjaan yang lebih sofistikated untuk anak muda di wilayah utara Selangor.

“Pembangunan di tapak seluas ratusan hektar ini bukan sekadar lambakan struktur fizikal. 

“Ia adalah usaha kolektif kami untuk membina satu ekosistem industri perikanan yang bukan sahaja moden dan kompetitif, malah mampu bertahan lama. 

“Kami mahu melihat lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tercipta, yang secara langsung akan melonjakkan pendapatan penduduk di sini sambil kita mengukuhkan bekalan makanan negara,” katanya.

Apa yang menarik perhatian, ZIPS tidak hanya memfokuskan kepada aktiviti menangkap ikan semata-mata. 

Ia bakal dilengkapi dengan kemudahan rantaian sejuk, logistik, serta pusat inovasi yang bakal menghasilkan pelbagai produk hiliran. 

Bayangkan, selepas ini hasil laut dari Sabak Bernam akan diproses terus menjadi produk bertaraf dunia seperti keropok premium dan pelbagai makanan sedia dimakan (ready-to-eat).

Menyentuh mengenai kos pembangunan, Amirudin menjelaskan bahawa peruntukan awal bagi kemudahan asas sahaja sudah mencecah angka ratusan juta ringgit, yang akan dipacu menerusi inisiatif swasta bersama Menteri Besar Incorporated (MBI).

“Anggaran antara RM100 juta hingga RM200 juta ini hanyalah untuk menyediakan kemudahan asas yang paling fundamental. 

“Selepas ini, kepesatan pembangunan akan digerakkan oleh pelabur strategik yang bakal masuk. 

“ZIPS akan menjadi pusat industri yang lengkap, menggabungkan proses hiliran seperti penghasilan produk makanan ke-3 dan ke-4 dengan sistem logistik yang cukup cekap,” tambahnya lagi.

Faktor utama yang bakal menjayakan ZIPS adalah kedudukannya yang strategik. 

Dengan adanya Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) serta jambatan yang menghubungkan Sungai Air Tawar dan Hutan Melintang, Perak, akses ke destinasi ini kini jauh lebih pantas.

Ini bermakna, hasil laut segar dari ZIPS dapat sampai ke meja makan pengguna di bandar-bandar besar dengan lebih cepat, sambil membuka ruang kepada pelancong untuk datang menikmati keindahan eko-pelancongan di Sabak Bernam tanpa perlu menempuh perjalanan yang meletihkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This