MASIH belum reda gosip kononnya penyanyi Amira Othman bakal menamatkan zaman bujang, tiba-tiba muncul pula video tular yang terus buat peminat berteka-teki.
Menerusi rakaman berdurasi 50 saat yang dimuat naik pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena, di Instagram, Amira tampil lengkap berbusana pengantin.
Dengan senyuman manis, wajah berseri-seri dan gaya penuh makna, Amira seakan memberi “hint” besar tentang sesuatu yang istimewa.
Soalan paling popular yang sering diajukan kepadanya, “bila nak kahwin?” nampaknya makin panas dibicarakan.
Malah, ruangan komen terus meriah dengan pelbagai reaksi peminat. Ada yang teruja siap meneka tarikh, ada yang bergurau nak jadi wedding planner segera, tak kurang juga yang sekadar menunggu dengan penuh debaran.
Lebih mencetuskan tanda tanya, ekspresi spontan Amira dalam video itu betul-betul memberi bayangan seolah-olah dirinya menyimpan rahsia besar.
Betul ke Amira tengah menghitung hari ke pelamin, atau ini sekadar gimik promosi? ?
Apa pun, satu perkara jelas, Amira berjaya mencuri perhatian ramai dan kini menjadi nama paling dinanti untuk buat pengumuman rasmi.
Lebih menarik, HijabistaHub dan Amira dijadualkan mengadakan sesi siaran langsung di TikTok pada 29 Ogos ini.
Ramai menjangkakan inilah peluang untuk Amira menjawab teka-teki yang menghantui peminat sejak kebelakangan ini.
Adakah ini cuma “teaser” manja… atau betul-betul petanda akad nikah semakin hampir? Sama-sama kita tunggu!

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

