PERUNTUKAN RM10 juta daripada Tabung Bencana Negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut meliputi pembinaan rumah baharu Projek Perumahan Rakyat Sementara (PPRS) bagi mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal.
Demikian makluman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkembangan terkini bantuan mangsa banjir di Sabah.
Menurut Ahmad Zahid, bantuan RM10 juta itu juga akan diberikan secara tunai kepada setiap keluarga yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh atau banjir.
“Kerjasama erat dengan Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah dan jawatankuasa peringkat daerah akan menentukan jumlah sebenar rumah yang perlu dibina untuk mangsa bencana.
“Ini penting supaya bantuan yang diagihkan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini berada di Sabah bagi menyelaras operasi bantuan bencana bersama agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta jawatankuasa bencana peringkat negeri dan daerah.
Katanya, koordinasi itu dibuat susulan kelulusan segera peruntukan RM10 juta daripada Tabung Bencana Negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menegaskan, kerajaan komited memastikan kebajikan mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah diberi perhatian sewajarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

