IslamiCruise® lancar ‘Family & Friends Package 2026’. Pelayaran mewah berstatus HALAL beserta umrah eksklusif

Dari Penulis

Bayangkan anda berdiri di dek kapal mewah dengan angin laut menerpa wajah, kemudian laungan azan bergema dilatari dengan pemandangan laut biru yang luas terbentang.

Bukan hanya anda seorang, tetapi turut bersama-sama mungkin ahli keluarga atau sahabat handai yang menanti waktu solat berjemaah sambil menyaksikan matahari perlahan-lahan tenggelam di ufuk horizon.

Pengalaman luar biasa ini bukan sesatu yang mustahil untuk anda nikmati jika mengikuti pelayaran IslamiCruise® Family & Friends Package 2026, sebuah pelayaran halal antarabangsa yang menggabungkan kemewahan moden dengan nilai rohani yang mendalam.

Pelayaran ini menawarkan pengembaraan istimewa selama 18 hari 16 malam dengan dua siri utama yang akan menjelajahi lima buah negara.

Siri pertama akan berlangsung dari 15 hingga 30 Januari 2026, merangkumi destinasi Saudi Arabia, Oman, Maldives, Indonesia dan Malaysia. Manakala siri kedua pula dijadualkan pada 3 hingga 18 Februari 2026 dengan laluan yang berbeza iaitu Malaysia, Indonesia, Maldives, Oman dan kembali ke Saudi Arabia.

Setiap persinggahan bukan sekadar hentian singkat, sebaliknya penumpang akan dibawa menyelami pengalaman unik. Ini termasuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah, menyaksikan keindahan semula jadi Maldives, meneroka budaya Oman yang kaya dengan sejarah, serta menghayati keunikan masyarakat Indonesia.

Siri kedua lebih istimewa kerana akan berlangsung sebelum bulan Ramadan menjelma, menjadikan ia peluang untuk menunaikan umrah sambil menyambut bulan penuh keberkatan sebagai detik yang amat bermakna.

Bagi mereka yang mencari percutian lebih singkat untuk ketenangan hati dan melepaskan tekanan, IslamiCruise® turut memperkenalkan pakej Langkawi Getaway selama 3 hari 2 malam yang berlayar dari Port Klang menuju Pulau Langkawi. Ia pilihan ringkas tetapi amat bermakna untuk merasai pengalaman pelayaran halal bertaraf dunia.

Sebagai pelopor pelayaran halal, IslamiCruise® mengekalkan sepenuhnya prinsip Halalan Toyyiban. Daripada sajian antarabangsa halal yang disediakan oleh chef berpengalaman, pilihan hiburan yang dipastikan patuh syariah, hingga jaminan bebas alkohol dan perjudian, semuanya dirancang untuk memberi ketenangan jiwa bersama pengisian rohani kepada penumpang.

Lebih istimewa, suasana ibadah di atas kapal begitu mendamaikan, dengan ruang solat berjemaah menghadap laut terbuka dan pelbagai aktiviti yang menghubungkan jiwa dengan Sang Pencipta.

Menurut pihak penganjur, Family & Friends Package 2026 adalah peluang sekali seumur hidup. Selepas tahun tersebut, belum ada jaminan kapal IslamiCruise® akan kembali ke Malaysia. Justeru, siri ini dianggap sebagai detik bersejarah dalam dunia pelancongan dan pelayaran halal antarabangsa. Ia bukan sekadar percutian, tetapi perjalanan rohani yang bakal dikenang sepanjang hayat bersama keluarga dan sahabat tercinta.

Jangan lepaskan peluang berlayar di atas dek mewah Aroya Cruise bersama IslamiCruise® – pelopor pelayaran halal-friendly pertama dunia. Tempahan boleh dibuat melalui 5 agensi rasmi iaitu Andalusia (umrahandalusia.com), TH Travel & Services (thts.com.my), Jay Ibrahim Travels (jayibrahimalislam.com) Rayhar Travels (rayhar.com) dan In Saff Travels & Tours (insafftravel.com.my)

Kelima-lima agensi ini bukan sahaja menjadi pintu masuk kepada tempahan, tetapi juga penasihat perjalanan yang akan membimbing pelanggan dari awal pendaftaran hingga ke destinasi terakhir perjalanan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This