DALAM industri haji dan umrah yang semakin kompetitif, Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terus membuktikan kelasnya tersendiri apabila tampil dengan langkah lebih agresif dan eksklusif untuk musim 1447H dan 1448H.
Awal November lalu, syarikat itu menandatangani kerjasama strategik bersama rangkaian hotel premium di Tanah Suci, satu perkembangan yang sekali gus mengukuhkan kedudukan Azzuha sebagai antara pemain paling berpengaruh dalam sektor ini.
Majlis pemeteraian yang berlangsung penuh signifikan di Jeddah Superdome, Arab Saudi itu menjadi simbol komitmen awal Azzuha untuk memberikan pengalaman ibadah yang tersusun, berkualiti tinggi dan menepati standard eksklusif yang dibawa jenama tersebut.
Lebih manis, Azzuha kini berdiri sebagai satu-satunya agensi pelancongan yang meraih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Edisi ke-8 menerusi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan.

Pengiktirafan ini mengangkat lagi reputasi syarikat sebagai organisasi yang telus, konsisten dan cemerlang dalam menguruskan keperluan jemaah.
Menerusi kerjasama baharu ini, Azzuha memperkukuh operasi mereka dengan menyediakan rangkaian penginapan eksklusif yang dipilih berdasarkan jarak strategik, kemudahan moden serta tahap keselesaan yang seiring visi syarikat.
Antara hotel yang telah disahkan untuk musim mendatang termasuk Al Makarem Ajyad Hotel, Royale Orchid Al Safwah Hotel, Al Jazirat Nouran Hotel, Al Muthmirat Nouran Hotel (Dar Al Hamd by Azzuha), Al Anwar Movenpick Al Madinah, Saja Al Madinah dan Shohada Al Ajyad, semuanya melalui proses penilaian ketat bagi memastikan jemaah menikmati penginapan yang kondusif dan memudahkan urusan ibadah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Malik Abdul Raman, menyifatkan kejayaan meraih MEBA sebagai pemangkin besar kepada syarikat untuk terus menambah baik sistem operasi.
“Pengiktirafan MEBA adalah bukti komitmen kami dalam memastikan setiap perkhidmatan mencapai standard terbaik industri.
“Ia bukan sekadar penghargaan, tetapi amanah besar untuk kami terus menjaga kualiti dan integriti dalam pengurusan ibadah,” ujarnya.
Beliau turut memaklumkan persiapan Azzuha bagi musim Haji 1447H dan 1448H kini berada pada tahap optimum.
“Segala aspek, hotel, logistik, latihan petugas, sistem operasi dan sokongan di Tanah Suci telah kami susun lebih awal.
“Fokus kami ialah memastikan para jemaah datang dengan hati yang tenang untuk beribadah,” jelasnya.
Tidak hanya berhenti di situ, Azzuha turut memperkenalkan Promosi Pakej Haji Azzuha, menawarkan 50 hadiah premium untuk setiap jemaah sebagai nilai tambah perjalanan mereka.
Inisiatif ini dirangka khusus demi memberikan keselesaan maksimum dan mempermudah pergerakan sepanjang ibadah.
“Kami mahu setiap jemaah merasai pengalaman yang benar-benar istimewa.
“Nilai tambah sebegini adalah cara kami menghargai mereka sebagai tetamu Allah,” ujarnya.
Dengan persiapan menyeluruh yang telah dilaksanakan, Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terus menegaskan komitmennya untuk menyediakan pengalaman haji dan umrah yang eksklusif, teratur dan profesional sekaligus mengukuhkan peranan mereka sebagai rakan perjalanan pilihan ke Tanah Suci.

