Kisah sebuah penjara yang tersilap jual kepada remaja berusia 16 tahun

Dari Penulis

Harvard hanya sebuah pekan kecil yang terletak di Clay Country dalam wilayah Nebraska di Amerika Syarikat. Kawasannya kecil saja, hanya seluas kira-kira 1.6 kilometer dengan populasi penduduk sekitar 1,000 orang.

Ekonomi utama penduduk pekan ini ialah melalui hasil ternakan dan pertanian sepergi jagung dan soya. Tiada apa yang menarik jika dilihat pada pekan ini. Tetapi, ada satu kisah yang pernah mempopularkan nama pekan ini.

Kisahnya bermula pada tahun 1943. Ketika itu pihak berkuasa tempatan mahu menjual beberapa lot tanah terbiar pada harga hanya USD1.50 setiap satu.

Seorang remaja berusia 16 tahun, Robert Pinckney, anak kepada seorang doktor tempatan, berhasrat membeli sebidang tanah untuk dijadikan kebun sayur-sayuran.

Sewaktu menyemak senarai lot yang hendak dijual, Robert perasan ada satu kesilapan besar. Tapak penjara di pekan itu turut tersenarai. Sebagai warganegara muda yang bertanggungjawab, dia segera memaklumkan perkara itu kepada pihak majlis bandar. Malangnya, amaran itu hanya disambut dengan gelak ketawa dan ejekan.

Robert tidak berpuas hati. Jika pihak majlis enggan mengaku salah atas pengiklanan lot penjara tersebut, dia nekad untuk membeli tanah itu sendiri. Dan itulah yang berlaku, Robert benar-benar membeli lot tanah penjara itu.  Penjualan dibuat, dokumen hak milik ditandatangani dan secara rasmi penjara Harvard menjadi milik seorang remaja berusia 16 tahun!

Lot tanah penjara yang dibeli Robert dahulu.

Pertikaian Bermula

Apabila Robert tampil memberitahu dia adalah pemilik lot penjara itu, pihak majlis bandar enggan menerima hakikat tersebut. Penjara itu masih digunakan untuk mengurung banduan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Robert pernah meletakkan kuncinya sendiri di pintu penjara, tetapi pegawai bertugas telah memecahkan kunci itu dan mengusirnya keluar.

Tidak berdiam diri, Robert telah melantik seorang peguam dan menyaman pihak majlis atas alasan tidak membayar sewa. Kes itu bertukar lucu apabila pihak berkuasa tempatan cuba mengenakan syarat pelik kepadanya, kononnya Robert perlu menjaga laluan kaki lima, memangkas pokok dan memotong rumput di kawasan itu.

Pernah juga Robert mengugut mahu merobohkan bangunan penjara berkenaan kerana di atas kertas undang-undang, lot itu adalah kepunyaan Robert. Maka, dia berhak melakukan apa saja ke atas tanah itu.

Setelah pertikaian demi pertikaian, akhirnya pihak berkuasa tempatan bersetuju untuk membeli semula penjara tersebut. Tetapi, timbul masalah undang-undang kerana Robert masih di bawah umur dan tidak dibenarkan menyerahkan apa saja hak miliknya sehingga umurnya mencecah 21 tahun.

Menjadi Tumpuan

Kisah ini telah menarik perhatian media. Associated Press dan majalah Time telah menyiarkan cerita tentang Robert yang digambarkan sebagai ‘remaja pemilik penjara’.

Selepas kisah ini tersiar, ada yang menawarkan USD150 untuk membeli bangunan penjara itu daripada Robert. Ada pula yang sanggup membayar sewa USD35 sebulan.

Kisah Robert mendapat liputan media.

Seorang kelasi telah memberi idea untuk mengadakan lelongan bagi mengumpul dana bon perang. Robert bersetuju dengan idea itu.

Hasilnya, penjara itu telah dibeli oleh Charlie McCarthy, patung kepunyaan Edgar Bergen, pelawak terkenal pada era 1940-an. Edgar dikenali dengan seni ventriloquist (orang yang bercakap melalui patung, seolah-olah patung itu hidup). Patung utamanya, Charlie McCarthy memakai kot, topi tinggi dan sering menjadi watak utama dalam persembahannya.

Dalam kisah penjara Harvard tadi, penjara itu dilelong untuk tujuan mengumpul dana perang. Sebagai gimik publisiti, Edgar Bergen ‘membenarkan’ patungnya, Charlie McCarthy untuk ‘membeli’ penjara tersebut dengan nilai USD10,000 dalam bentuk bon perang.

Maksudnya, bukan patung itu yang membayar, tapi Edgar Bergen yang membayarnya. Cuma, dia menggunakan nama patung itu sebagai pembeli sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian media dan menjadikan lelongan itu lebih sensasi.

Edgar Bergen dan patungya, Charlie.

Walaupun kisah ini agak memalukan pihak berkuasa tempatan, namun secara tidak langsung ia menjadikan nama Harvard dikenali ramai orang.

Hari ini, bangunan penjara kecil itu masih berdiri di lokasi asalnya. Ia tidak lagi menempatkan banduan, tetapi terus menjadi simbol unik bagaimana satu kesilapan kecil boleh mengubah sejarah sebuah pekan kecil.

____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This